Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ( PTSB ) telah terpilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran 7th Federation of International Robot Soccer Association ( FIRA ) Malaysia Cup 2014. Kejohanan ini berlangsung pada 19 hingga 23 Mei 2014 bertempat di PTSB, Kulim Kedah Darul Aman. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, YBhg. Datuk Haji Mohlis Bin Jaafar bertempat di Kulim Golf And Country Club, Kulim Kedah.
70 buah pasukan daripada 2 buah universiti, 18 buah politeknik serta 14 buah sekolah menengah daripada seluruh Malaysia menyertai kejohanan pada kali ini. Beberapa pasukan terbaik akan dipilih untuk mewakili Malaysia ke 19th FIRA RoboWorld Cup yang bakal berlangsung di Beijing, China pada 5 hingga 9 November 2014 nanti.
KEPUTUSAN
Juara keseluruhan bagi 7th FIRA Malaysia Cup 2014 adalah milik Politeknik Port Dickson dengan 4 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Politeknik Ungku Omar pula di kedudukan ke 2 dengan 4 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa. Tempat ke 3 adalah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan 3 pingat emas dan 2 gangsa.
Juara bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
- ‘Micro-Robot Soccer’ ( MiroSot ) – Universiti Kebangsaan Malaysia ( All Blue )
- ‘Simulated Robot Soccer’ ( SimuroSot ) – Politeknik Seberang Prai ( Ultra )
- ‘Android Soccer’ ( Androsot ) – Universiti Kebangsaan Malaysia ( Ultimate Kicking Machine )
- ‘Humanoid Robot Soccer’ ( HuroCup ) – Politeknik Ungku Omar ( Hydra )
- ‘Robot Soccer’ ( Robosot ) – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ( Robosas )
- `My Inspiration Robot’ ( MyBOT) :
MyBot Shooting - Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, Negeri Sembilan di bawah pimpinan Politeknik Port Dickson
FIRA Robot Soccer adalah hasil cetusan idea Prof. Jong – Hwa Kim yang menganjurkan kejohanan FIRA Robot Soccer pada tahun 1996 di Kiast, Daejeon, Korea. Daripada kejohanan tersebut, Federation Of International Robosoccer Association ( FIRA ), sebuah organisasi antarabangsa telah ditubuhkan pada 5 Jun 1997. Semenjak tarikh tersebut, FIRA Robot World Cup telah diadakan setiap tahun di peringkat antarabangsa bertujuan untuk memupuk minat sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda dan masyarakat umum
Untuk mencapai tujuan ini, FIRA berhasrat untuk menyatukan kelompok penyelidik dan pelajar yang mahir daripada pelbagai latar belakang gugusan sains dan teknologi seperti robotics, sensor fusion, intelligent control, communication, image processing, mechatronics, computer technology, artificial life dan sebagainya dengan menggabungkan disiplin tersebut bagi membangunkan autonomous robots.
Sehingga Mei 2012, sebanyak 51 buah negara sudah menjadi anggota perhimpunan ini melalui regional association peringkat ASEAN. Di peringkat kebangsaan, Politeknik sudah bergiat dalam penganjuran tahunan pertandingan FIRA Malaysia Cup sejak tahun 2007 bermula dengan penganjuran oleh Politeknik Ungku Omar, 2008 Politeknik Johor Baharu, 2009 Politeknik Port Dickson, 2010 Politeknik Kota Bharu, 2011 Politeknik Abdul Halim Muadzam Shah dan 2012 Politeknik Seberang Prai.
Beberapa buah universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia juga telah mengadakan persidangan berkaitan robotik serta menyertai pertandingan peringkat kebangsaan.
Penyertaan sulung Malaysia pada peringkat Piala Dunia bermula tahun 2010 dengan penyertaan Politeknik Seberang Perai ( PSP ) dan Politeknik Ungku Omar( PUO ) di Banglore, India. Dalam pertandingan tersebut, PSP telah mendapat tempat ketiga dalam kategori Micro Robot World Cup Soccer Tournament ( Mirosot ).
Pada FIRA Roboworld Cup 2011 yang telah berlangsung di Taiwan, penyertaan Politeknik Ibrahim Sultan ( PIS ) telah berjaya hingga ke peringkat separuh akhir. Pada tahun 2012 di Bristol England, penyertaan daripada Politeknik Ungku Omar( PUO ) juga telah berjaya hingga ke peringkat separuh akhir.
Malaysia telah diberi penghormatan sebagai penganjur 18th FIRA Roboworld Cup 2013. Dalam sejarah penganjuran FIRA Roboworld Cup, 18th FIRA telah berjaya menarik penyertaan peserta terbanyak daripada luar negara dengan 37 pasukan iaitu daripada Kanada, China, India, Indonesia, Mexico, Singapore, Korea Selatan, Taiwan dan United Kingdom. Penyertaan daripada Malaysia pula adalah sebanyak 25 pasukan. Pasukan daripada Malaysia telah berjaya mendapat 2 emas , 2 perak dan 3 gangsa.
OBJEKTIF PENGANJURAN
Objektif penganjuran kejohanan ini diadakan adalah:
- Meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat awam mengenai kepentingan sains dan teknologi;
- Menyerlahkan keupayaan Politeknik Malaysia sebagai penganjur acara berkaitan dengan unsur berteknologi tinggi;
- Meningkatkan reputasi politeknik dan institusi pengajian tinggi tempatan dalam kemajuan sains dan teknologi khususnya bidang robotik;
- Mengetengahkan kebolehan pelajar politeknik dan institusi pengajian tinggi tempatan yang cemerlang dalam bidang elektrikal, mekanikal dan teknologi komputer mahupun bidang pengurusan acara, perlancongan dan hospitaliti;
- Meningkatkan kebolehpasaran pelajar-pelajar jurusan teknologi komputer, elektrikal dan mekanikal dan
- Memantapkan kolaborasi di antara politeknik dan institusi pengajian tinggi dengan pihak industri.
i) Pertandingan Robot Soccer. 6 kategori yang akan dipertandingkan :
1. MiroSot
MiroSot ialah robot yang menggabungkan konsep mudah alih, perlawanan visual dan modul komunikasi tanpa wayar ( menghubungkan beberapa buah robot dari komputer ). Setiap peserta yang bertanding perlu merangka strategi yang baik menggunakan teknik Artificial Intelligence (AI), membangunkan sistem deria yang tajam dan kawalan masa yang tepat untuk fizikal peserta-peserta bolasepak robot ini.

2. SimuroSot
SimuroSot ialah simulasi permainan robot bola sepak yang menumpukan kepada strategi permainan dan kebijaksanaan setiap pasukan yang bertanding. Ia tidak memerlukan sensor, penglihatan, mekanik dan lain-lain perkasasan. Setiap pasukan boleh membuat strategi masing-masing dan bersaing di antara satu sama lain tanpa menggunakan sebarang perkakasan.

3. Androsot
AndroSot merupakan suatu perlawanan yang dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada tiga buah robot atau lebih, termasuk sebuah robot yang bertindak sebagai penjaga gol. Setiap pasukan boleh menyediakan sebuah lagi robot sebagai robot simpanan. Setiap pasukan perlu menyediakan struktur robot iaitu robot android yang berkaki dua dan mempunyai ukuran yang spesifik.

4. HuroCup
HuroCup adalah robot yang menyerupai manusia yang mempunyai sepasang kaki, sistem penglihatan yang baik dan mampu bermain sukan. Matlamat kejohanan HuroCup ialah untuk membangunkan robot yang boleh bermain sebagai sukan sebenar seperti Sprint, Penalty Kick , Obstacle Run , Lift and Carry, Marathon, Weightlifting, Basket Ball, Soccer dan Wall Climbing.

5. Robosot
RoboSot merupakan persaingan bola sepak secara tradisional. Ia disertai oleh dua pasukan robot pintar mudah alih sama ada semi-autonomous atau fully yang bergerak di kawasan perlawanan. Setiap pasukan boleh terdiri daripada satu hingga tiga buah robot dimana salah sebuah robot boleh menjadi penjaga gol. Saiz bagi setiap robot adalah terhad kepada kotak segi empat tepat dengan ukuran 20cm x 20cm x 40cm.

6. MyBOT
MyBOT adalah kategori baharu yang akan dipertandingkan pada kejohanan kali ini. Penyertaan bagi kategori ini adalah terdiri daripada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan pasukan robotik di peringkat institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh penyertaan pasukan Sekolah Menengah Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Sekolah Menengah Sultan Badlishah Kulim bagi kategori MyBOT. Sekolah-sekolah ini telah menjalinkan kerjasama dengan PTSB.

ii) Bengkel Aplikasi Computer Vision Dalam Teknologi Robotik akan diadakan pada 20 dan 21 Mei 2014
Bengkel ini akan memperkenalkan kepada peserta ( terdiri daripada staf akademik politeknik ) mengenai computer vision dan aplikasinya dalam teknologi robotik. Peserta akan didedahkan dengan pustaka OpenCV dan kawalan robot secara sesiri. Peserta akan mendalami bagaimana computer vision beroperasi dan bagaimana ianya boleh diguna untuk melaksanakan pelbagai tugas seperti pengesanan objek, robot navigation dan sebagainya. Peserta juga akan menjalani amali secara hands-on dengan beberapa aplikasi yang melibatkan pengaturcaraan OpenCV dan kawalan perantaramuka menggunakan kit Arduino.

iii) Pameran teknologi robotic daripada pihak Industri
Pameran teknologi robotik daripada pihak Industri juga diadakan bertujuan untuk berkongsi perkembangan teknologi robotik yang terdapat di industri masing-masing. 4 buah industri yang terlibat iaitu Astana Digital Sdn. Bhd, HongQin Sdn Bhd, Scientific & Technical Products Sdn Bhd dan Electrosoft Sdn Bhd.

- Penganjuran 7th FIRA Malaysia Cup 2014 oleh PTSB merupakan satu usaha yang akan memberi impak kepada perkembangan teknologi robotik negara
- Pengajuran ini juga akan menyebar luas minat bukan sahaja dalam kalangan pelajar politeknik dan institusi pengajian tinggi, malahan boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada pelajar sekolah dan institusi latihan yang lain.
- Menyumbang kepada peningkatan budaya inovasi dalam penggunaan peralatan dan perkakasan berteknologi tinggi.
- Memberi kesan positif kepada perkembangan pendidikan dan latihan yang berasaskan sains dan teknologi ke arah Negara maju menjelang tahun 2020

0 comments:
Post a Comment